Frequently Asked Questions (Soalan-soalan Lazim)

(Dikemaskini 14/10/2025)



1. Pengenalan


WeKongsi adalah peneraju platform perkongsian bil perubatan Hospital & Klinik di Malaysia yang menawarkan RM1JUTA per tahun perlindungan perubatan kepada setiap Ahlinya.
Ia bukan syarikat Insurans atau penanggung polisi Takaful, tetapi suatu program perkongsian-ramai kos perubatan (Crowd Cost-sharing) secara kolektif sesama Ahli-ahli yang menyertai komuniti ini.
Diketengah sebagai pilihan terbaharu alternatif kepada Kad perubatan. Selama pelaksanaannya (Apr 2023 - Okt 2025) didapati ia mampu menyediakan kemudahan rawatan pesakit luar klinik dan penghospitalan bertaraf premium walaupun perkongsian bil sesama Ahli tidak lebih RM50/bulan.
Inovasi yang hampir 9 tahun diperkenal dalam pasaran ini antara solusi terbaik ke arah perlindungan perubatan yang lebih menjimatkan lagi mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah.

Kita Kongsi Sdn. Bhd. (WeKongsi) selaku pengendali platform beralamat di @WeWork, L18 Equatorial Plaza, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur beroperasi secara sah mengikut lunas undang-undang Malaysia melalui syarikat sendirian berhad yang menjalinkan kerjasama dengan pelbagai rakan strategik antaranya Eximius Medical Administration Solutions Sdn. Bhd. @ e-MAS sebagai Third Party Administrator (TPA), Palladium Trustee Berhad sebagai Pemegang Amanah Bertauliah, Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd. sebagai penasihat Undang-undang dan Syariah serta Bayes Actuarial Solutions Sdn. Bhd. sebagai konsultan pakar dalam bidang aktuari perlindungan perubatan.

WeKongsi telah diaudit secara teliti dan disahkan patuh Shariah menepati amalan muamalat Islam oleh Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd. Afsha Shariah Advisory merupakan syarikat yang dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Selain WeKongsi, ia turut memantau amalan shariah di Prudential-BSN Takaful, Majlis Agama Islam Melaka, Pusat Pungutan Zakat MAIWP, Pusat Zakat Negeri Sembilan, PUNB, GRAB, Majlis Amanah Rakyat (MARA), AmMetLife Takaful, CIDB Malaysia dan banyak lagi. Sijil pematuhan shariah telah dianugerah kepada WeKongsi secara tahunan sejak 2023, hingga tahun 2026.

Tidak berada di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) kerana WeKongsi bukanlah syarikat Insurans atau Takaful yang wajib bernaung di bawah Akta PIDM. Lagipun WeKongsi tidak dibenarkan memanfaat dana terkumpul dalam tabung perkongsian Ahlinya bagi tujuan perniagaan atau pelaburan, 100% diguna bagi membayar bil-bil hospital dan klinik serta tuntutan yang berkaitan sahaja. Walaubagaimanapun WeKongsi mematuhi Trustee Act 1949 (Revised 1978) dengan melantik Palladium Trustee Berhad sebagai Pemegang Amanah Bertauliah bagi menjaga dan menguruskan keseluruhan dana terkumpul dalam tabung perkongsian ini bagi tujuan perlindungan perubatan semata.


Proses underwriting yang lebih ketat.


Hanya peserta yang sihat sahaja diterima. Mereka yang punyai masalah kesihatan adalah tidak dibenarkan menyertai kerana tiada pilihan loading atau pengecualian. Namun begitu kepada yang sakit-sakit ringan seperti asma, pneumonia, obesiti, pernah kemalangan yang tidak serius (bukan OKU) atau lain-lain penyakit ringan masih boleh teruskan pendaftaran dengan mengistihar penyakit dihidapi untuk pertimbangan sewajarnya oleh TPA e-MAS.


Had umur pendaftaran terhad sehingga 45 tahun sahaja (belum mencapai umur 46 tahun). Setelah berjaya daftar Ahli akan dilindungi hingga ke akhir hayat@99 tahun, selagi aktif berkongsi.


Hanya boleh digunakan dalam Malaysia sahaja. Tiada khidmat penghospitalan di luar negara.


Kos langganan keseluruhan yang berubah-ubah (tidak tetap) iaitu di antara RM30/bulan (minima) hingga RM90/bulan (maksima). Ini disebabkan julat perkongsian bil bulanan adalah antara RM0-50 bergantung kepada jumlah tuntutan semasa yang dibuat oleh semua ahli. Jika tiada tuntutan maka hanya perlu bayar yuran keahlian sahaja kerana perkongsian bil RM0.00 tapi andai berlaku tuntutan maksimum maka setiap ahli kena berkongsi bayar bil pada had maksimum iaitu RM50 tiap seorang.

Sangat menjimatkan lagi mampu-milik di mana kos perkongsian bil hanya antara RM0-50/bulan sahaja. Walaupun ada bayaran Yuran Keahlian Tetap Bulanan sebanyak RM40/bulan namun ia masih juga sangat murah untuk nilai perlindungan perubatan sebesar RM1JUTA per tahun.

Kadar perkongsian yang sama-rata (flat-rate) tidak lebih RM50/bulan kepada semua peringkat umur yang ditetapkan iaitu sedari umur 14 hari hingga 45 tahun.

Tiada caj tambahan (loading) untuk peserta yang merokok/vaper, berlatarbelakang dari keluarga berpenyakit kronik mahupun mereka yang bekerjaya di sektor berisiko tinggi.

Syarikat perkongsian-ramai pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat pesakit luar (out-patient) klinik sehingga 17 kategori penyakit dan kecederaan ringan.

4,784 klinik dan hospital panel e-MAS dengan liputan terluas serata Malaysia.

Tiada Co-payment atau Deductible kemasukan ke Hospital Panel jika Guarantee Letter (GL) diluluskan melalui Surat Rujukan Klinik Panel TPA e-MAS.

Berikut adalah manfaat-manfaat yang anda terima apabila menjadi ahli WeKongsi TPA e-MAS ;

1) RM1JUTA perlindungan perubatan hospital untuk penyakit-penyakit umum, kritikal dan kemalangan diperbaharui setiap tahun,

2) RM100,000 / tahun bagi semua jenis rawatan pesakit luar kanser (out-patient),

3) RM10,000 rawatan warded akibat kemalangan (selain sport injury) di awal 90 hari tempoh menunggu, pada hari ke-91 dan seterusnya bermula RM1JUTA cashless facility,

4) RM10,000 post-hospitalization 2x rawatan susulan selepas discaj hospital,

5) RM10,000 khairat kematian,

6) Pilihan Bilik wad & board sehingga RM150 @ 250 per hari,

7) RM50 @ 100 / hari bagi Elaun tunai harian pilihan warded di hospital kerajaan,

8) Caj khidmat ambulans RM250 @ Sebagaimana dikenakan,

9) Kemudahan Trusted panel clinic e-MAS sehingga RM1,800 / tahun @ RM300 / lawatan @ 6x lawatan per tahun,

10) Manfaat pre-hospitalization iaitu 30 hari sebelum warded/operation ditanggung bil hingga RM5,000 / tahun untuk nasihat perunding pakar, diagnostik dan ujian awal penyakit - confirm admission needed (ahli deluxe sahaja),



2. Keahlian

Syarat kelayakan untuk menyertai WeKongsi adalah seperti berikut;

a) Warganegara Malaysia,
b) Berumur antara 14 hari hingga 45 tahun sahaja,
c) Sihat tubuh badan,
d) Jujur istihar maklumat diri &amp status kesihatan sebenar.

Kepada yang pernah melanggan Medical Card sebelum ini tapi tak mampu teruskan kerana kenaikan harga (repricing) amat disyorkan pilih WeKongsi TPA e-MAS kerana harga langganannya yang sangat jimat lagi mampu-milik,

Bagi yang telah pun ada Medical Card tetapi nilai perlindungan tidak mencukupi (terutama mereka yang melanggan pakej perkongsian sesama ahli keluarga) sangat digalakkan daftar WeKongsi bagi dijadikan pelan perlindungan sokongan (backup). Sekiranya Medical Card sedia ada tak cukup tampung bil penghospitalan semasa maka gunakanlah WeKongsi untuk tanggung lebihan kos tersebut.

Cuba teliti Medical Card sedia ada, adakah rawatan pesakit luar (out-patient) klinik disediakan? Jika tiada bolehlah daftar juga WeKongsi kerana di sini turut ada perlindungan klinik panel bagi 17 kategori penyakit ringan dan kecederaan.

Sekiranya Anda belum memiliki apa-apa pelan perlindungan perubatan maka WeKongsi adalah pilihan terbaik jika faktor penjimatan yang dicari.

Tiada. Hanya pelan individu ditawarkan. Sila daftarkan setiap ahli keluarga secara akaun berasingan (add member) di dalam family-tree yang sama.

Bergantung kepada keseriusan kecederaan dan jenis penyakit dihidapi. Sila istihar dan muat-naik (upload) laporan kesihatan terkini beserta laporan penyakit/kemalangan/pembedahan terdahulu bagi pertimbangan lanjut pihak TPA e-MAS.

Hanya baki duit dalam Tabung Perkongsian sahaja yang akan dipulangkan (dalam tempoh 60 hari) dari tarikh withdrawal. Sila rujuk khidmat pelanggan WeKongsi untuk semakan baki tabung tersebut.

Tiada tempoh menunggu bagi Warded akibat kemalangan (selain Sport injury), 90 hari bagi penyakit-penyakit am &amp 180 hari bagi penyakit-penyakit khusus. Sila rujuk gambarajah disertakan.

Bergantung status kemampuan Anda.

Sekiranya masih mampu langgan Medical Card sedia ada sila teruskan lebih-lebih lagi jika Anda pernah tuntut melibatkan penyakit-penyakit kritikal, jika ganti ke syarikat lain kemungkinan besar permohonan tersebut akan ditolak. WeKongsi boleh dijadikan pelan perlindungan perubatan sokongan (backup) sahaja.

Andai kekuatan ekonomi terbatas tak mampu lagi bayar langganan Medical Card yang agak membebankan, lebih baik revise semula polisi yang mengikut kemampuan atau pindah ke pelan yang lebih mampu-milik seperti WeKongsi dari tiada perlindungan langsung.

Sila ikuti panduan pendaftaran berikut PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI AHLI

👉 Daftar di sini !

Sila ikuti langkah-langkah berikut;
1) Klik link 👆 pendaftaran yang diberikan oleh Ejen Referrer,
2) Verify Phone Number,
3) Isikan maklumat sebagai User A/c (contoh : suami@pemilik akaun yang akan buat bayaran untuk seluruh ahli keluarga) - Nama Anda, Nombor Kad pengenalan & Kontak kecemasan,
4) Add Member (siapa yang nak didaftar sebagai Ahli? Contoh : Diri sendiri, pasangan, anak-anak? Add seorang demi seorang hingga selesai lengkapkan maklumat peribadi dan kesihatan serta buat bayaran FPX Yuran kehlian & setting e-Mandate Autodebit...)
5) Isikan maklumat peribadi Ahli sebagaimana di minta,
6) Isikan ukuran berat (kg) dan tinggi (cm) Ahli,
7) Jawab Soalan Tapisan Kesihatan/Health Screening dengan jujur (Tandakan "NO/TIDAK" bagi kesemua lima soalan yang ditanya sekiranya Anda betul-betul sihat tiada rekod dan tidak pernah warded akibat penyakit kritikal/kemalangan serius. Jika punyai penyakit-penyakit ringan seperti Asma, pneumonia, OKU ringan seperti lambat membaca, baby inqubator sakit kuning, ada buat pembedahan buang pankreas dll+ sila istihar pada salah satu soalan tapisan yang berkaitan). Kegagalan anda mengistihar penyakit sedia ada mungkin menyebabkan GL kemasukan ke hospital akan ditolak,
8) Sekiranya pendaftaran diluluskan bolehlah terus buat bayaran FPX Transfer samada pilihan :
a) Yuran Keahlian Tahunan RM360/tahun @
b) Yuran Keahlian Sukutahun RM100/kuarter @
c) Yuran Keahlian Bulanan RM40/bulan,
Digalakkan pilih Yuran Keahlian Tahunan (jika mampu) kerana penjimatan sebanyak RM120 per tahun berbanding yuran keahlian bulanan,
9) Sekiranya pendaftaran masuk ke status Probation (percubaan) sila lengkapkan langkah seterusnya yang diminta iaitu muat-naik (Upload) Laporan kesihatan terkini dan lain-lain dokumen yang disyaratkan. TPA e-MAS akan menganalisa risiko kesihatan anda samada layak atau tidak diterima sebagai ahli WeKongsi dalam tempoh 14-21 hari. Sila segera follow-up Customer Service (CS) melalui WhatsApp +60108768760,
10) Sekiranya pendaftaran tidak diluluskan (rejected) maka tiada sebarang bayaran yang dikenakan. Anda tidak layak menjadi Ahli mungkin atas faktor tidak menepati syarat umur, telah punyai penyakit kritikal, golongan OKU dan sebagainya. Walaubagaimanapun jika berminat nak jadi Ejen referrer boleh teruskan pendaftaran sebagai ejen.

Videos:
- Youtube Registration Tutorial - Click Here
PDF Manuals:
- Registration manual (includes e-MANDATE setup): Download Here
- Program Guidelines: View PDF


3. Langganan &amp Pembayaran

Terdapat dua (2) jenis bayaran bagi menjadi ahli WeKongsi seperti berikut;

a) Pilihan Yuran Keahlian

Bulanan RM40/bulan @
Kuarter RM100/tiap 3 bulan @
Tahunan RM360/tahun,

b) Pilihan Deposit Tabung Perkongsian

Tabung Standard RM100 @
Tabung Deluxe RM200,

Bayaran yuran keahlian adalah tetap nilainya bergantung pilihan bulanan, kuarter @ tahunan.

Bayaran deposit awal tabung perkongsian semasa mendaftar juga tetap nilainya sebanyak RM100 (tabung standard) @ RM200 (tabung deluxe) TETAPI apabila baki tabung telah menyusut kepada bawah RM50 ia akan di Topup jadikan semula ke nilai asal rm100@rm200 secara berterusan selagi aktif berkongsi.

Julat perkongsian bil bulanan adalah antara RM0-50/bulan (berubah-ubah di setiap bulan mengikut berapa banyak tuntutan yang dibuat).

Oleh yang demikian jumlah sebenar bayaran sebagai ahli WeKongsi adalah seperti berikut ;

a) Ahli Yuran Bulanan RM40/bulan (RM40-90/bulan @ RM480-1,080/tahun)

Bayaran minimum :
RM40/bulan (yuran keahlian bulanan) + RM00.00 (jika tiada tuntutan dibuat oleh semua ahli) = RM40/bulan
Bayaran maksimum :
RM40/bulan (yuran keahlian bulanan) + RM50.00 (jika berlaku tuntutan maksimum) = RM90/bulan

b) Ahli Yuran Kuarter RM100/sukutahun (RM33.33-83.33/bulan @ RM400-1,000/tahun)

Bayaran minimum :
RM100/3 bulan = RM33.33 (yuran keahlian bulanan) + RM00.00 (jika tiada tuntutan dibuat oleh semua ahli) = RM33.33/bulan
Bayaran maksimum :
RM33.33/bulan (yuran keahlian bulanan) + RM50.00 (jika berlaku tuntutan maksimum) = RM83.33/bulan

c) Ahli Yuran Tahunan RM360/tahun (RM30-80/bulan @ RM360-960/tahun)

Bayaran minimum :
RM360/12 bulan = RM30 (yuran keahlian bulanan) + RM00.00 (jika tiada tuntutan dibuat oleh semua ahli) = RM30/bulan
Bayaran maksimum :
RM30/bulan (yuran keahlian bulanan) + RM50.00 (jika berlaku tuntutan maksimum) = RM80/bulan

Deposit awal RM100 (Standard) / RM200 (Deluxe) hanya di ambil sekali sahaja iaitu pada hari ke-60 selepas pendaftaran berjaya diaktifkan.

Pada hari ke-90 dan seterusnya bermulalah perkongsian bil dari tabung ini sesama Ahli lain di setiap bulan. Apabila baki tabung telah susut tinggal RM50 atau lebih rendah maka secara Autodebit e-Mandate proses topup dari A/c Bank ahli akan berlaku serta merta bagi mencukupkan kembali ke nilai asal deposit RM100@RM200.

Perkongsian akan berlaku pada setiap 7hb di setiap bulan, wang tabung anda akan ditolak dari Palladium Trustee Berhad.

Dari segi berapa nilai perkongsian tiap-tiap bulan tiada bezanya, kedua-dua tabung ditolak pada nilai perkongsian yang sama sahaja. Katakan perkongsian bil hospital &amp klinik pada bulan ini adalah RM30 maka kedua-dua jenis tabung akan ditolak nilai yang sama iaitu RM30 tiap seorang ahli.

Tetapi dari segi manfaat terdapat perbezaan yang agak ketara di mana ahli Tabung Deluxe diberi kelebihan tambahan antaranya ;

a) Room & Board yang lebih tinggi iaitu RM250/hari,
b) Ambulans as per charge (unlimited),
c) Elaun tunai harian warded di hospital kerajaan lebih tinggi iaitu RM100/hari,
d) RM5,000 Pre-Hospitalization,

Tabung Perkongsian Deluxe lebih lambat untuk di topup semula kerana nilainya yang lebih besar. Adalah sangat digalakkan untuk pilih tabung ini. Sila bandingkan kelebihannya berdasarkan jadual di bawah;

Tidak.

Perkongsian hanya bermula pada hari ke-90 selepas anda melepasi 90 hari tempoh menunggu iaitu setelah layak terima manfaat RM1JUTA perlindungan perubatan.

Perlu diketahui pada hari ke-60 e-Mandate Autodebit terlebih dahulu akan mengambil deposit tabung perkongsian samada pilihan rm100 tabung standard atau rm200 tabung deluxe dari akaun bank anda sebagai persediaan perkongsian.

Perkongsian bil di setiap bulan bergantung kepada berapa jumlah kes warded hospital &amp kemasukan klinik panel yang di buat oleh ahli komuniti WeKongsi. Kesemua bil ini akan dikongsikan bersama pada kadar sama-rata (flat-rate) antara RM0-50/bulan bagi kategori umur asas ditetapkan iaitu dari 14 hari hingga 45 tahun. Untuk ahli yang berumur 46 tahun ke atas kadar perkongsian adalah 1.4x lebih tinggi. Berikut adalah situasi bagaimana pengiraan perkongsian tidak lebih RM50 dilakukan;

Mengikut nilai bil semasa : Katakan jumlah bil pada bulan sebelumnya adalah RM100,000 dikongsi bersama 10,000 ahli aktif maka setiap ahli perlu berkongsi sebanyak RM100,000/10,000 ahli = RM10 seorang.

Tiada perkongsian : Katakan pada bulan sebelumnya tiada seorang pun ahli yang warded hospital atau ke klinik maka perkongsian adalah RM0.00 kerana tiada bil yang perlu dibayar.

Perkongsian pada had maksimum : Katakan pada bulan sebelumnya jumlah bil hospital &amp klinik adalah RM600,000 dikongsikan bersama 10,000 ahli aktif maka setiap ahli ditolak paras maksimum RM50 dari tabung masing-masing, baki bil RM10 akan dikongsikan pada bulan hadapan (carry forward).

Sila rujuk gambarajah berikut untuk memahami situasi yang diterangkan;

Sebagaimana dijelaskan terdapat dua (2) jenis bayaran bagi sesiapa yang nak jadi ahli WeKongsi. Pertama adalah yuran keahlian dan kedua adalah deposit tabung perkongsian. Bayaran yuran keahlian digunakan untuk menampung kos pengurusan platform Kita Kongsi Sdn. Bhd. (WeKongsi). Terdapat banyak kos-kos administrasi yang terlibat antaranya bayaran sewa bulanan premis pejabat, kemudahan bilik mesyuarat dan dewan seminar di Equatorial Plaza KL, gaji kakitangan pengurusan, kos promosi, roadtour, kempen &amp tajaan, komisen ejen-ejen referrer serta banyak lagi. Selain kos internal, yuran keahlian turut digunakan bagi menampung kos external berikut;

Afsha Shariah Advisory Sdn. Bhd. - kos penasihat Undang-undang dan Sijil pematuhan syariah,

Palladium Trustee Berhad - kos pemegang amanah bertauliah bagi menjaga dan menguruskan tabung tabarru' perkongsian,

Eximius Medical Administration Solutions (e-MAS) Sdn. Bhd. - kos Third Party Administrator (TPA) bagi terbitan Guarantee Letter (GL), sistem saringan peserta dan pengurusan bersepadu perlindungan perubatan hospital &amp klinik panel,

Bayes Actuarial Solutions Sdn. Bhd. - kos konsultan khidmat analisis pakar aktuari dalam bidang perlindungan perubatan,

Wise AI Sdn. Bhd. - kos pembangunan sistem app.wekongsi.com dan lain-lain aplikasi internal beserta penyelenggaraannya,

Razorpay Curlec Sdn. Bhd. - kos payment gateway.

Sila play-voice bagi kedua-dua gambarajah (1) &amp (2) yang ditunjukkan di bawah untuk mendengar jawapan secara terperinci bagi soalan yang ditanyakan;


Tidak boleh.

Bayaran pertama yuran keahlian sewaktu pendaftaran hendaklah di buat secara online FPX Transfer melalui kod link referrer app.wekongsi.com.

Bayaran-bayaran yang melibatkan yuran keahlian berikutnya &amp deposit / topup tabung perkongsian adalah secara e-Mandate Autodebit. Sila setting kaedah pembayaran e-Mandate Autodebit di app.wekongsi Anda sewaktu proses pendaftaran ahli hingga selesai (link setting e-Mandate Autodebit). Rujuk referrer / upline jika ada sebarang pertanyaan.

Apabila bayaran tidak berjaya dipotong pada masa yang telah ditentukan, akaun WeKongsi anda akan digantung (suspended) secara otomatik.

Tempoh 26 hari dari tarikh mula suspended diberikan bagi melunaskan bayaran tertunggak. Sila login ke dalam app.wekongsi.com pergi ke bahagian status dan lakukan pembayaran secara manual klik FPX Transfer.

Anda digalakkan selalu login ke dalam app.wekongsi.com dan pastikan status keahlian kekal aktif. Kepada yang berstatus suspended anda tidak layak menggunakan kemudahan penghospitalan dan trusted panel clinic selagi bayaran belum dijelaskan.

Akaun WeKongsi akan dihentikan (terminated) secara otomatik.

Sekiranya masih berminat nak teruskan keahlian, anda diberi masa 60 hari untuk mohon reactivation melalui login app.wekongsi.com klik button reactivate. Bayaran pengaktifan sebanyak RM30 akan dikenakan di samping perlu menjelaskan tunggakan terdahulu. Tempoh menunggu selama 30 hari turut akan berkuatkuasa selepas akaun berjaya diaktifkan semula.

Sekiranya tempoh termination telah melepasi 60 hari, sila isi borang reinstate untuk mohon pengaktifan semula  REINSTATE ME BACK !

Login app.wekongsi.com -> Setting -> payment setting -> klik [update payment method] untuk tukar akaun bank atau butiran bank yang lain.



4. Cara-cara Penggunaan &amp Kaedah Tuntutan (Claim)

Terdapat dua (2) cara untuk buat tuntutan seperti berikut ;

a) Hubungi terus Khidmat pelanggan WeKongsi

Bayar sendiri bil hospital terlebih dahulu (Pay &amp claim),
Snap gambar dan forward bil hospital, kad pengenalan &amp dokumen sokongan secara WhatsApp kepada Customer Service 010-876 8760 (convert ke format file PDF lebih baik),
Tuntutan di proses dalam tempoh 14-30 hari bekerja. Pembayaran mungkin ambil masa lebih lama bergantung bilakah tuntutan anda akan dikongsikan bersama.

b) Upload permohonan ke dalam sistem aplikasi

Bayar sendiri bil hospital terlebih dahulu (Pay &amp claim),
Convert bil rawatan, kad pengenalan &amp lain-lain dokumen sokongan kepada format file PDF,
Upload file tersebut ke dalam app.wekongsi.com -> active profile -> reimbursement
Tuntutan di proses dalam tempoh 14-30 hari bekerja. Pembayaran mungkin mengambil masa lebih lama bergantung bilakah tuntutan anda akan dikongsikan bersama.

Tuntutan khairat kematian

Waris perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut ;
a) Kad pengenalan si mati,
b) Sijil kematian sementara,
c) Laporan polis (jika berkaitan),
d) Pastikan akaun ahli tersebut masih aktif sewaktu tuntutan dilakukan,
e) Snap gambar kesemuanya dan WhatsApp ke Khidmat pelanggan WeKongsi 010-876 8760 (convert ke format file PDF adalah lebih baik). Tuntutan akan diproses dalam tempoh 7-14 hari bekerja.

Tuntutan bagi semua jenis bil Pay &amp claim (yang layak dituntut sahaja seperti post-hospitalization, bil rawatan pesakit luar kanser &amp pre-hospitalization ahli deluxe)

Terdapat dua (2) cara untuk buat tuntutan seperti berikut ;

a) Hubungi terus Khidmat pelanggan WeKongsi

Bayar sendiri semua jenis bil berkaitan terlebih dahulu,
Snap gambar dan forward bil, kad pengenalan &amp dokumen sokongan secara WhatsApp kepada Customer Service 010-876 8760 (convert ke format file PDF lebih baik),
Tuntutan di proses dalam tempoh 14-30 hari bekerja. Pembayaran mungkin ambil masa lebih lama bergantung bilakah tuntutan anda akan dikongsikan bersama.

b) Upload permohonan ke dalam sistem aplikasi

Bayar sendiri semua jenis bil berkaitan terlebih dahulu,
Convert bil, kad pengenalan &amp lain-lain dokumen sokongan kepada format file PDF,
Upload file tersebut ke dalam app.wekongsi.com -> active profile -> reimbursement
Tuntutan akan di proses dalam tempoh 14-30 hari bekerja. Pembayaran mungkin mengambil masa lebih lama bergantung bilakah tuntutan anda akan dikongsikan bersama.

Tuntutan bil &amp elaun tunai harian warded di hospital kerajaan

Convert bil rawatan, discaj notes, kad pengenalan &amp lain-lain dokumen sokongan kepada format file PDF,
Upload file tersebut ke dalam app.wekongsi.com -> active profile -> reimbursement
Tuntutan akan di proses dalam tempoh 14-30 hari bekerja. Pembayaran mungkin mengambil masa lebih lama bergantung bilakah tuntutan anda akan dikongsikan bersama.
Followup berkala Khidmat pelanggan WeKongsi secara WhatsApp melalui 010-876 8760

Bermula Februari 2025 WeKongsi telah memperkenalkan Conditional Outpatient Benefits (COB) bagi 17 Kategori Penyakit-penyakit ringan &amp kecederaan am di mana Ahlinya boleh dapatkan rawatan segera secara pesakit luar di lebih 4,500 panel klinik e-MAS serata Malaysia. Caranya mudah saja seperti berikut :


(1) Pastikan Klinik berdaftar sebagai panel e-MAS,
(2) Tunjukkan Kad pengenalan & e-Card WeKongsi TPA e-MAS di Kaunter,
(3) Dapatkan rawatan bagi COB-17 kategori penyakit ringan atau kecederaan yang ditetapkan,
(4) Bayar hanya RM10 Deductible baki ditanggung hingga RM300/lawatan.
(5) Ambil ubat-ubatan yang diberikan dan ikut nasihat perubatan sebagaimana diarah oleh Doktor hingga sembuh In Shaa' ALLAH.

Sila rujuk slide PDF & poster yang disertakan untuk mengetahui butiran penuh;


SYARAT & TERMA RAWATAN DI KLINIK PANEL WE KONGSI TPA e-MAS
(SKROL SLIDE DI BAWAH 👇 @ MUAT-TURUN PDF DI SINI! )


a) Dapatkan surat rujukan dari klinik panel e-MAS,

b) Daftar permohonan warded di kaunter hospital panel (tunjukkan I/C &amp e-card WeKongsi TPA e-MAS). Selalunya pihak hospital yang akan berurusan terus dengan TPA e-MAS berkaitan permohonan anda (boleh juga kita sendiri yang hubungi TPA e-MAS untuk melancarkan proses kelulusan),

c) Tunggu Guarantee Letter (GL) lulus terlebih dahulu,

d) Setelah lulus dapatkan rawatan tanpa risau kos berkaitan.

Tiada deductible dikenakan sekiranya Ahli warded melalui surat rujukan klinik panel e-MAS. Kepada yang warded tanpa surat rujukan RM500 deductible berkuatkuasa serta-merta. Begitu juga ahli yang warded tanpa GL lulus terlebih dahulu bil hospital adalah atas tanggungan sendiri (kecuali kes kecemasan yang tidak dapat dielakkan sahaja, penjaga/waris sila rujuk HQ untuk uruskan GL selepas warded).

Terdapat hospital tertentu yang mengenakan deposit kemasukan antara RM200-500. Walaubagaimanapun ia akan dipulangkan semula sewaktu anda discaj. Kos ini atas tanggungan sendiri ya. Hubungi pihak hospital dan tanya terlebih dahulu, pilihlah mana-mana hospital yang tidak mengenakan deposit sekiranya tak nak keluarkan kos ini.

Tidak.

Sebagaimana di minta :

Senarai hospital panel berubah-ubah mengikut keperluan semasa. Sila rujuk Privat Panel Terkini !



5. Permohonan Lantikan Ejen Referrer

a) Syarat utama mesti telah menjadi Ahli WeKongsi terlebih dahulu. Sekiranya diri sendiri tidak layak (disebabkan umur telah melebihi had contohnya) maka hendaklah mendaftarkan sekurang-kurangnya 1 ahli samada pasangan, anak-anak @ sesiapa yang layak di bawah User account sendiri.


b) Membayar Yuran Asas Ejen Referrer sebanyak RM100 - dapat T-Shirt WeKongsi (2x helai, Flyers 200x keping &amp Namecard 1x box,


c) Sekiranya anda nak pilih pakej Plus yuran keseluruhan adalah RM500 - dapat tambahan Meja lipat bersticker &amp Bunting WeKongsi (digalakkan kepada yang nak buat sepenuh masa,


d) Isi borang permohonan referrer secara online melalui app.wekongsi.com -> referrer -> pilih pakej,


e) Lengkapkan bayaran RM100 pendaftaran Referrer secara FPX transfer,


f) Salin dan sebarkan kod referral link &amp landing page anda kepada semua prospek (kod ini mungkin dijana serta merta oleh app.wekongsi.com atau mengambil masa 1-2 hari setelah pendaftaran diluluskan),

Berumur 18 tahun ke atas &amp memiliki Smartphone.

Tidak perlu.

Tiada peperiksaan, tiada CPD hours &amp tiada MOC.

10 tingkat komisen. Sila rujuk jadual disertakan;